Home Buletin Semasa SAMBUTAN HARI TVET NEGARA 2025 MERIAHKAN MITC, TEKANKAN LALUAN KERJAYA BERASASKAN KEMAHIRAN

SAMBUTAN HARI TVET NEGARA 2025 MERIAHKAN MITC, TEKANKAN LALUAN KERJAYA BERASASKAN KEMAHIRAN

458
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

AYER KEROH: Sambutan Hari Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negara 2025 membuka tirai dengan penuh meriah di Melaka International Trade Centre (MITC), di sini, hari ini, sebagai usaha berterusan kerajaan memperkasa agenda transformasi pendidikan kemahiran negara.

Program tahunan ini berlangsung dari 8 hingga 13 Jun 2025, bermula 8.00 pagi hingga 8.00 malam, membabitkan penglibatan pelbagai agensi di bawah 12 kementerian utama, bagi meraikan sumbangan serta pencapaian sektor TVET dalam memacu pembangunan ekonomi negara.

Menurut kenyataan Jabatan Perdana Menteri, sambutan kali ini bertemakan “TVET Pilihan Utama Kerjaya”, dengan objektif menarik minat masyarakat khususnya golongan pelajar, belia, pencari kerja, ibu bapa dan pemain industri terhadap laluan kerjaya berasaskan kemahiran.

“Sambutan itu bertujuan mengiktiraf sumbangan dan pencapaian TVET dalam memperkasa ekonomi negara. Ia juga berfungsi sebagai platform utama untuk mempromosikan laluan kerjaya berasaskan kemahiran kepada masyarakat.

“Selain meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai inisiatif, peluang dan insentif dalam bidang TVET, program ini juga menyediakan maklumat berkaitan laluan pendidikan dan kerjaya kemahiran.

“Pada masa yang sama, ia bertujuan menarik minat lebih ramai belia untuk memilih TVET sebagai laluan utama mereka,”menurut kenyataan itu.

Dalam masa yang sama, acara berprestij 4th Regional Policy Dialogue anjuran ASEAN TVET Council turut berlangsung selama dua hari, bermula 11 hingga 12 Jun, sempena Tahun Kepengerusian ASEAN 2025.

Sambutan Hari TVET dilihat sebagai satu landasan penting untuk mengubah persepsi masyarakat terhadap pendidikan kemahiran, selain memperkukuh jaringan kerjasama antara kerajaan, institusi latihan dan pihak industri ke arah pembinaan tenaga kerja masa depan yang kompeten dan berdaya saing.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here