MOSCOW: Sistem pertahanan udara Russia menembak jatuh 120 dron Ukraine sepanjang malam, kebanyakannya di wilayah yang bersempadan dengan Ukraine.
Memetik laporan Reuters menerusi Berita Harian, namun, tiada kerosakan dilaporkan berlaku, menurut Kementerian Pertahanan Russia hari ini.
Sejak lebih tiga tahun perang tercetus, Ukraine semakin kerap menggunakan dron untuk menyerang sasaran jauh di dalam wilayah Russia.
Kementerian Pertahanan memaklumkan dron yang dipintas termasuk 30 di wilayah Bryansk di barat, 29 di Kursk dan 17 di BelgAsap dan api marak susulan serangan dron Ukraine, menurut pihak berkuasa tempatan, dalam konflik Rusia-Ukraine di Sergiyev Posad, pinggir Moscow, Rusia.
Sebanyak 18 lagi dron ditembak jatuh di wilayah Oryol yang bersempadan dengan Kursk, yang sebelum ini pernah menjadi sasaran serangan dron Ukraine terhadap kemudahan minyak.
Pihak berkuasa penerbangan awam Russia, Rosaviatsiya, memaklumkan sekatan yang dilaksanakan di beberapa lapangan terbang termasuk di St Petersburg, Kaluga, Moscow dan Nizhny Novgorod bagi tujuan keselamatan sepanjang malam sudah ditarik balik. – REUTERS, BH Online –
IMedikel TV






