Home Luar Negara RUSIA ANCAM UNTUK SEKAT WHATSAPP

RUSIA ANCAM UNTUK SEKAT WHATSAPP

MOSCOW: Memetik laporan Bernama-Dpa menerusi Harian Metro, badan penyelia telekomunikasi Rusia, Roskomnadzor mengancam untuk menyekat sepenuhnya aplikasi WhatsApp di negara itu susulan sekatan terdahulu terhadap perkhidmatan pesanan berkenaan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Menurut kenyataan Roskomnadzor yang dipetik agensi berita negara TASS pada Jumaat, WhatsApp akan disekat sekiranya ia gagal memenuhi keperluan undang-undang Rusia.

Sebelum ini, pihak berkuasa berhujah bahawa penjenayah menggunakan WhatsApp untuk pemerasan, penipuan dan membabitkan warga Rusia dalam tindakan sabotaj.

Panggilan melalui WhatsApp dan Telegram dihadkan untuk beberapa waktu di Rusia, manakala perkhidmatan Signal dan aplikasi mesej Viber disekat sepenuhnya pada 2024.

Aplikasi pemesejan asing dijangka digantikan dengan aplikasi pilihan kerajaan, Max, yang dibimbangi pengkritik akan memberi akses penuh kepada pihak berkuasa terhadap data pengguna.

Julai lalu, parlimen Rusia meluluskan peraturan bahawa pencarian maklumat yang dilabelkan sebagai “ekstremis” oleh pihak berkuasa boleh dikenakan denda sehingga 5,000 rouble (AS$64). – HMetro Online, Bernama-Dpa –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here