Home Hiburan RUMAH TANGGA BERGOLAK, SIAPA DAKWA? – UQASHA

RUMAH TANGGA BERGOLAK, SIAPA DAKWA? – UQASHA

285
0

KUALA LUMPUR: Pelakon Uqasha Senrose reda apabila kehidupan rumah tangganya dengan Kamal Adli difitnah sedang berantakan.

Uqasha berkata, dia berterima kasih kepada suaminya itu kerana tampil mempertahankan rumah tangga mereka.

“Terima kasih sayang, macam abang selalu nasihat saya.

“Biar orang buat kita, Allah Maha Adil,” tulisnya dalam Instagram Story.

Menurut Uqasha, dia mengaku pelik dan tertanya-tanya bagaimana khabar angin mengenai rumah tangganya sedang menghadapi masalah tersebar.

“Didakwa bergolak? Siapa dakwa? Tidak fasal-fasal kena juga,” katanya.

Semalam, Kamal ketika ditemui media enggan melayan spekulasi mendakwa rumah tangganya sedang bergolak dan menganggap perkara itu sengaja dicetuskan individu tertentu.

Kamal atau nama sebenarnya, Ahmad Kamal Ahmad Adli, 38, berkata dia cuma berlapang dada, bahkan rasa lucu mendengar gosip liar itu.

Uqasha atau nama sebenarnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 32, dan Kamal diijabkabulkan pada 5 November 2021 selepas dua tahun bercinta.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira yang kini berusia enam bulan. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here