Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
PASIR PUTEH: Seorang lelaki tidak dapat menahan kesedihan apabila rumah pusaka peninggalan arwah ayah yang didiaminya musnah dalam kejadian ribut di Kampung Kok Berangan, Pasir Puteh, semalam.
Mangsa yang juga bapa tunggal, Nik Naza Nor Abdul Ghani, berkata kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 6 petang semalam.

Katanya ketika kejadian dia sedang berehat di rumahnya dan bernasib baik kerana sempat menyelamatkan diri sebelum rumahnya roboh 100 peratus.
“Kejadian tu terlalu pantas lebih kurang 5 minit sahaja.
“Apapun saya bersyukur kerana sempat menyelamatkan diri. Kejadian tu bukan sahaja memusnahkan rumah pusaka arwah ayah malah turut merosakkan kediaman adik-beradik saya,”katanya.

Tambahnya dia bernasib baik kerana ketika kejadian dua anaknya tinggal bersama bekas isterinya di Kampung Selising, Pasir Puteh.

Nik Naza Nor berkata, kini dia terpaksa menumpang di rumah kakaknya buat sementara waktu sebelum mencari tempat tinggal lain.
IMEDIKEL TV






