Home Buletin Semasa RTW TINGKAT TARAF HIDUP KEPADA PESERTA

RTW TINGKAT TARAF HIDUP KEPADA PESERTA

199
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah, Wartawan Imedikel TV

KOTA BHARU: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dengan kerjasama Tabung Haji memperuntukkan sekurang-kurangnya RM600,000 untuk tajaan Cakna Prihatin dalam memberi peluang kepada peserta Return To Work (RTW) untuk meningkatkan taraf hidup dan menjana pendapatan secara berdikari menerusi aktiviti keusahawan.

Cakna Prihatin adalah program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang merupakan insitiatif PERKESO dan Tabung Haji.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed, peruntukan itu adalah membabitkan 18 hospital/MENTARI untuk 168 Orang Berinsurans PERKESO berbentuk peralatan, tajaan kenderaan dan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri.

“RM600 ribu telah disalurkan oleh Tabung Haji melalui PERKESO untuk membantu penerima-penerima faedah PERKESO untuk memulakan kehidupan dalam program yang disebut restart.

“Jadi bantuan ini ialah bantuan untuk membolehkan penerima faedah sama ada memulakan perniagaan mendapat kenderaan contohnya dua penerima faedah mendapat kenderaan untuk menjadi grab rider untuk memulakan kehidupan mencari pendapatan mencari nafkah dan hari ini Tengku Amirul kita memberi peralatan untuk dia memulakan bengkel.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed menyerahkan Peralatan Bengkel Tajaan Prihatin sebanyak RM4,060 kepada Tengku Mohamad Amirul Akmal Tengku Roslan, di Kampung Hutan Banggol, PCB, di sini, semalam.


“Jadi sebanyak RM600 ribu telah disalurkan setakat ini. RM600 ribu untuk 168 mereka yang telah menerima faedah dalam pelbagai jenis bantuan. Daripada tahun lepas sehingga sekarang,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Peralatan Bengkel Tajaan Prihatin sebanyak RM4,060 kepada pencarum Tengku Mohamad Amirul Akmal Tengku Ruslan di Kampung Hutan Banggol, Pantai Cahaya Bulan (PCB), di sini, semalam.

Merujuk kepada statistik bermula tahun 2020 sehingga Jun lalu, terdapat 63,399 kes bermotivasi yang merangkumi pesakit fizikal dan mental menerusi Program RTW di seluruh negara.

Beliau berkata sebanyak 44,154 Prang Berinsurans telah Kembali bekerja semula.

Dr Azman berkata bagi PERKESO negeri Kelantan pula, terdapat 1,663 kes bermotivasi diuruskan oleh Pengurus Kes di negeri ini dan telah mula bekerja seramai 1,128 orang.


Beliau berkata program itu juga membantu pekerja yang mengalami penyakit psikiatri untuk kembali produktif dalam dunia pekerjaan.

Menurutnya program RTW itu turut dilaksanakan secara kerjasama dengan hospital-hospital di Malaysia menerusi Program Re-employment Support, Treatment and Rehabilitation Team (Restart).



“Matlamat kita pada hari ini dan saya merasakan dengan adanya kerjasama seperti ini lebih ramai lagi mereka yang sedang menerima rawatan di hopsital di bawah pakar psikiatri pakar-pakar yang berkaitan seterusnya kita akan wujudkan untuk meneruskan program restart ni dan kerjasama dengan Tabung Haji ini juga akan ditingkatkan dan akan kita teruskan membantu penerima faedah jadi inilah serba sedikit yang disampaikan,”katanya.

Katanya sehingga sekarang hampir 30 hospital-hospital kerajaan di seluruh negara sudah bekerjasama termasuk lima daripadanya di Kelantan iaitu Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Hospital Kuala Krai, Mentari Ketereh dan Hospital Tanah Merah dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here