Home Sukan RONALDO RAIH GOL KE-950, TETAP LAPAR BURU TROFI

RONALDO RAIH GOL KE-950, TETAP LAPAR BURU TROFI

341
0

RIYADH: Cristiano Ronaldo terus membuktikan ketajamannya apabila menjaringkan gol ke-950 dalam kariernya ketika membantu Al-Nassr mengekalkan permulaan sempurna dalam saingan Liga Pro Saudi, kelmarin.

Memetik laporan Agensi menerusi Berita Harian, skuad kendalian Jorge Jesus menewaskan Al-Hazem 2-0 di gelanggang lawan dengan penjaring terbanyak liga, Joao Felix turut menemui sentuhan jaringan untuk memastikan Al-Nassr mencatat enam kemenangan berturut-turut musim ini.

Kelab berpangkalan di Riyadh itu kini mendahului carta dengan kelebihan tiga mata selepas mengumpul 21 gol dan hanya dibolosi dua kali sepanjang enam perlawanan.

Pertemuan dengan Al-Hazem turut menemukan Al-Nassr dengan dua rakan senegara Ronaldo – bekas penjaga gol Benfica, Bruno Varela dan pemain tengah berpengalaman, Fabio Martins.

Felix membuka tirai jaringan pada minit ke-25 menerusi tandukan padu, gol kesembilannya dalam saingan liga musim ini.

Ronaldo pula dinafikan Varela beberapa kali sebelum akhirnya memastikan kemenangan menerusi penyudah tenang pada minit ke-88, sekali gus mencipta satu lagi detik bersejarah dengan gol ke-950 dalam kariernya.

“Gembira dapat bantu pasukan menang dan mencapai 950 gol! Saya masih lapar untuk mencatat lebih banyak kejayaan,” tulis kapten Portugal itu di media sosial selepas perlawanan. – AGENSI, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here