Home Buletin Semasa RM9.6 JUTA BINA RUMAH UNTUK MISKIN TEGAR DAN MISKIN

RM9.6 JUTA BINA RUMAH UNTUK MISKIN TEGAR DAN MISKIN

212
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@I Medikel TV

KOTA BHARU: Kerajaan persekutuan memperuntukkan sebanyak RM 9.6 juta untuk membina rumah kepada 120 orang yang terdiri daripada golongan miskin tegar dan miskin bermula Januari tahun depan.

Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM), Datuk Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, berkata bantuan bina baharu rumah itu adalah melalui peruntukan pembasmian kemiskinan kepada penerima di seluruh Kelantan.

Manakala seramai 240 ketua isi rumah (KIR) daripada golongan miskin tegar dan miskin pula akan diberi bantuan baik pulih rumah yang dianggarkan berjumlah RM 5.8 juta.

“Kerajaan persekutuan sangat prihatin kepada rakyat yang tidak ada kemampuan untuk memiliki rumah. Dengan inisiatif ini sekurang-kurangnya kita berjaya membantu mereka yang berada dalam miskin tegar dan miskin di negeri Kelantan untuk memiliki rumah sendiri, tetapi dengan syarat status tanah mestilah jelas.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) Projek Bina Baharu dan Baik Pulih Rumah di Kampung Badang, di sini, semalam.

Katanya mereka yang memperoleh bantuan ini dikenal pasti ketika Program Jelajah eKasih@Kijang yang diadakan pada 23 September lalu.

Menurutnya untuk peringkat permulaan, pembinaan baharu rumah kasih ihsan ICU JPM membabitkan empat buah rumah ketua isi rumah (KIR) di dun Kijang.

Manakala selebihnya akan dilaksanakan secara berperingkat di kawasan lain yang berdaftar eKasih dengan status miskin tegar.

Mengulas lanjut, beliau berkata berdasarkan analisa data miskin tegar sehingga 3 Disember tahun ini mendapati berlaku pengurangan jumlah miskin tegar di negeri ini.

“Daripada intervensi yang dilakukan oleh pihak pembangunan negeri Kelantan, kita telah berjaya mengurangkan sebanyak 4,927 keluarga miskin tegar daripada 12, 280 yang telah kita tetapkan data yang dikunci masuk pada januaari 2023 yang lalu. Bermakna lebih kurang 40.1 peratus dapat dikurangkan mereka yang berada di dalam miskin tegar.”

Menurutnya antara faktor yang menyumbang kepada penurunan miskin tegar di Kelantan ialah melalui semakan silang dengan beberapa agensi pemberi bantuan bagi pengemaskinian maklumat bantuan yang diterima oleh peserta eKasih.

Selain itu, katanya impak bantuan dan program pembasmian kemiskinan oleh kerajaan persekutuan dan negeri kepada golongan sasar serta semakan di lapangan oleh pembanci dalam mengemaskini pendapatan perkapita peserta eKasih,

Hadir sama Pengarah Pembangunan Negeri Kelantan (ICU JPM), Jasri Kasim.

I Medikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here