Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
KOTA BHARU: Berkat kesabaran menunggu hampir 20 tahun, akhirnya Mohd Rozi Rahim, 41 dan isteri Wan Rosaida Wan Zulkarnain, 43, menarik nafas lega apabila terpilih menerima bantuan Rumah Kasih Ihsan ICU JPM, di kawasan DUN Kijang, di sini.

Menurut ibu kepada 5 orang cahaya mata itu, dia dan suami gembira kerana akhirnya akan tinggal di rumah sendiri.
“Suami dah hampir 20 tahun menunggu, lebih 10 kali juga memohon bantuan rumah, manakala saya pula menunggu hampir 8 tahun disebabkan suami tak dapat, saya cuba memohon pula.
“Alhamdulillah, syukur sangat kerana dapat rumah ni, untuk keselesaan anak-anak juga,”katanya.
Dia berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST), Projek Bina Baharu Rumah & Baik Pulih Rumah, Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan, ICU JPM, di sini pada Isnin.
Rosaida bekerja sebagai pembuat kuih meraih pendapatan sebanyak RM500 sebulan manakala, suaminya, Mohd Rozi bekerja sebagai pengilat kereta dengan pendapatan sebanyak RM400 sebulan.
Menurut Rosaida, keadaan rumah sudah using di mana bahagian papan lantai, dinding mulai reput dan sebahagian bumbung juga telah rosak teruatama ruang tamu.
I Medikel TV






