Home Luar Negara LEBIH 100 MAUT, GEMPA BUMI DI CHINA

LEBIH 100 MAUT, GEMPA BUMI DI CHINA

134
0

BEIJING: Sekurang-kurangnya 111 orang terbunuh dalam gempa bumi bermagnitud 5.9 yang mengakibatkan runtuhan bangunan di bandar HAIDONG di wilayah jiran QINGHAI, CHINA.

Memetik laporan AFP menerusi Harian Metro, ibu pejabat bantuan gempa wilayah berkata, dianggarkan 100 terbunuh dan lebih ramai lagi cedera di wilayah Gansu.

Gempa bumi itu menyebabkan kerosakan besar, termasuk rumah runtuh, dan orang ramai berlari ke jalan untuk keselamatan.

Kerja-kerja menyelamat sedang dijalankan awal hari ini.

Presiden China Xi Jinping menyeru usaha berterusan dalam kerja mencari dan bantuan serta memastikan keselamatan mangsa yang terselamat dan harta benda mereka.

Pusat gempa itu adalah kira-kira 100-kilometer (km) barat daya ibu kota wilayah Gansu, Lanzhou. Ia disusuli dengan beberapa gempa susulan yang lebih kecil.

Susulan gempa bumi itu, bekalan elektrik dan air terganggu di beberapa kampung. -AFP, BH Online-

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here