Home Buletin Semasa RM1,000 BANTUAN DEPOSIT RUMAH SEWA UNTUK BANGSA JOHOR

RM1,000 BANTUAN DEPOSIT RUMAH SEWA UNTUK BANGSA JOHOR

Oleh: Wartawan IMedikel TV

JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor bakal memperkenalkan Bantuan Deposit Sewa Rumah Bangsa Johor di bawah inisiatif Perumahan Kasih Johor (PKJ), bagi membantu rakyat yang berdepan kesukaran menyediakan wang pendahuluan untuk menyewa rumah.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, bantuan berjumlah RM1,000 itu akan mula dilaksanakan tahun depan, dengan fasa pertama dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 10,000 penerima.

Katanya bagi fasa pertama, inisiatif itu dijangka akan memberi manfaat kepada 10,000 penerima.

“Pertamanya bila kita baru mula bekerja, mungkin ramai yang belum mampu untuk bayar deposit. Jadi kerajaan negeri melalui Perbadanan Kemajuan Perumahan Johor (PKPJ).

“InsyaAllah akan meluluskan skim ataupun produk baru ialah iaitu Bantuan Deposit Sewa Rumah untuk Bangsa Johor. Kita juga nak meluaskan bantuan ini supaya bukan sahaja Bangsa Johor yang mendapat manfaat, tetapi mereka yang mula berhijrah ke Johor terutamanya penjawat-penjawat awam daripada Persekutuan.

“Contohnya jururawat, cikgu, anggota polis, dan mungkin tentera yang dah berhijrah ke Johor berkhidmat di Johor, kita akan pertimbangkan bantuan ini untuk mereka juga insyaAllah.

“Kita anggap bahawa siapa yang membantu membangunkan negeri Johor, berkhidmat di negeri Johor adalah sebahagian daripada keluarga besar Bangsa Johor,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Perumahan Kasih Johor Fasa 5 di Arena Larkin Indoor Stadium di sini hari ini.

Mengulas mengenai program berkenaan, Onn Hafiz berkata, fasa kelima berkenaan membabitkan 6,000 penerima dengan jumlah bantuan RM22 juta.

Katanya kerajaan negeri akan meneruskan pelaksanaan fasa keenam dijadualkan bulan depan, membabitkan 5,000 penerima.

“Langkah itu membuktikan komitmen kerajaan negeri untuk terus membantu meringankan beban rakyat serta menjaga kebajikan Bangsa Johor khususnya membabitkan agenda perumahan,”katanya.

Inisiatif PKJ diperkenalkan kerajaan negeri sebelum ini merangkumi Bantuan Beli Rumah Pertama sebanyak RM5,000; Bantuan Masuk Rumah Pertama (RM2,000) dan Bantuan Sewa Rumah berjumlah RM2,500 bagi penerima yang layak.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here