Home Buletin Semasa REZEKI SELEPAS TULAR

REZEKI SELEPAS TULAR

158
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU:  Siapa sangka, dengan tularnya sebuah hantaran video atau siaran langsung di media sosial, boleh menjadikan seseorang menjadi terkenal.

Nur Umi Atirah Bilnaza, 21, dari Machang turut terkesan dengan penularan video semasa siaran secara langsung di media sosial.

“Sekarang saya banyak dapat tawaran untuk buat “paid review” untuk kedai makan dan juga pakaian.

“Saya juga dah ada perancangan untuk keluarkan produk yang berasaskan kosmetik,”katanya.

Atirah atau lebih dikenali sebagai Tyrah Betyrah, berkata sejak dirinya tular rezeki juga makin bertambah.

“Saya tidak sangka akan tular begitu sekali. Namun, perancangan Allah itu lebih baik.

“Allah mendatangkan orang-orang yang baik disekeliling saya, dan apabila kita berada dalam lingkungan orang yang positif,”katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here