Home Buletin Semasa PROSES BIUS PENTING UNTUK PESAKIT

PROSES BIUS PENTING UNTUK PESAKIT

209
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Proses pembiusan amat penting dilakukan terhadap pesakit ketika menjalani prosedur pembedahan untuk mematikan isyarat pesakit agar tidak berasa sakit.

Menurut Pegawai Perubatan Siswazah Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II, Siti Farah Hanani, bius terbahagi kepada tiga kaedah iaitu bius separuh dan bius penuh dan bius setempat.

“Bius penuh ini macam mana kita buat kita akan ada bagi ubat yang membuatkan pesakit tidur, bila tidur, kita akan bagi tiub pernafasan melalui mulut atau hidung dan nyawa ikut mesin lepas itu pesakit tidak sedar dan tidak ingatlah.

“Bius separuh maknanya separuh sahaja pesakit tidak rasa sakit tapi akan sedar dan ingat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Kelantan 2024, di Aeon Mall, di sini, baru-baru ini.

Katanya, bius setempat pula digunakan untuk prosedur yang mudah dan ringkas seperti mencabut gigi apabila ubat bius diberikan di bahagian gigi sahaja.

Selain itu, jelasnya bius separuh biasanya digunakan dalam pembedahan Caesarean Section (CZER) dan pembedahan kaki dan dibius dari bahagian pinggang hingga ke kaki sahaja.

Manakala, bius penuh bergantung kepada jenis pembedahan terutamanya dalam tempoh melebihi dua jam agar pesakit berada dalam keadaan selesa sepanjang prosedur berkenaan.

“Sebelum menjalani pembedahan, kita akan beritahu pesakit risikonya contoh kalau bius penuh boleh berlaku ‘aspiration’ maknanya daripada isi perut itu boleh masuk ke paru-paru sebab itu kita kena puasa dulu,” katanya.

Tambah Siti, pihaknya turut membuat demonstrasi berkenaan kaedah pembiusan serta memberi peluang terhadap golongan kanak-kanak untuk melakukannya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here