Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
RANTAU PANJANG: Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun terjatuh daripada tangga ketika bermain air banjir di rumahnya di Kampung Bagus, Rantau Panjang, semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Shapawi Stapa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.53 petang sebelum bergegas ke rumah mangsa.
“Mangsa dipercayai tidak sedarkan diri selepas cuba menaiki tangga untuk bermain di tingkat atas rumah bersama empat lagi rakannya.
“Bagaimanapun, hanya seorang sahaja mangsa yang tidak berpindah daripada kawasan banjir yang terjatuh dalam kejadian berkenaan,” katanya dalam kenyataan.
Shapawi berkata komander operasi bersama tiga lagi anggota berjaya membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Gual Tinggi menggunakan sebuah lori.
Operasi tersebut tamat sepenuhnya pada 8.35 malam.
IMedikel TV






