Home Buletin Semasa MANGSA BANJIR CEDERA DISENGAT TEBUAN

MANGSA BANJIR CEDERA DISENGAT TEBUAN

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

RANTAU PANJANG: Seorang mangsa banjir di Kampung Bagus, Rantau Panjang cedera akibat disengat tebuan dalam kejadian pada 6.24 petang, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Shapawi Stapa berkata bagaimanapun anggota bomba yang ditugaskan di lokasi kejadian tidak dapat masuk ke rumah mangsa kerana paras air sangat tinggi dan berbahaya.

“Namun, dengan pertolongan penduduk kampung, lelaki berusia 60-an (mangsa) itu berjaya dibawa keluar menggunakan bot atas lori.

“Empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rantau Panjang menghantar mangsa ke Klinik Kesihatan Gual Tinggi untuk menerima rawatan selanjutnya,” katanya.

Menurutnya mangsa dihantar ke Klinik Kesihatan Gual Tinggi.

Operasi tersebut telah tamat sepenuhnya pada 8.35 malam.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here