Home Buletin Semasa REMAJA OKU DIDAKWA BUNUH WARGA EMAS

REMAJA OKU DIDAKWA BUNUH WARGA EMAS

424
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

TANAH MERAH: Seorang remaja lelaki orang kurang upaya (OKU) intelektual dihadapkan di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas tuduhan membunuh seorang warga emas bulan lalu.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkod selepas pertuduhan dibaca di hadapan Masjistret Tun Faez Fikhrie Tun Asrul Saini.

Mengikut pertuduhan, remaja OKU terbabit didakwa membunuh Shamsudin Mohamed, 60 tahun, di tepi jalan sebelah kedai runcit, Kampung Buluh, Gual Ipoh, Tanah Merah pada jam 6 petang, 19 Jun lalu.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun serta sebatan minimum 12 sebatan, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mazlan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Dalam pendakwaannya, Siti Hajar tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh kerana pertuduhan atas kesalahan tersebut tidak boleh dijamin.

Mahkamah kemudian menetapkan 2 September depan untuk sebutan semula kes bagi laporan kimia dan perubatan.

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki warga emas maut dipercayai selepas dipukul dengan sebatang besi.

Dalam kejadian 6 petang itu, mangsa parah di muka dan disahkan meninggal dunia di lokasi selepas rebah dipukul, dipercayai oleh seorang remaja lelaki berusia 18 tahun.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here