Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
JELI: Pasukan Gerakan AM (PGA) merampas haiwan ternakan di tepi jalan Kampung Pak Mud, di sini pada Sabtu.
Komander Briged Tenggara Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, dalam kejadian kira-kira jam 11.45 malam itu, pihaknya turut menahan seorang lelaki berusia 35 tahun menerusi Op Taring Warisan.
“Batalion (BN) 9 menahan sebuah treler yang dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan ketika menjalankan tugas.
“Hasil pemeriksaan mendapati 166 ekor kambing dan 34 ekor biri-biri berada di belakang treler dan dokumen yang ditunjukkan oleh pemandu berkaitan haiwan ternakan meragukan dan disyaki palsu,”katanya dalam kenyataan.
Menurut beliau pemandu itu menjadi penghantar haiwan tersebut ke pasaran tempatan.
“Anggaran nilai rampasan keseluruhan bernilai RM625,000 termasuk treler dan diserahkan kepada Jabatan Veterinar Kelantan untuk tindakan selanjutnya. Kes disiasat dibawah Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953,”katanya.
IMedikel TV






