Home Buletin Semasa REMAJA MAUT TERSEPIT KERETA TERBABAS

REMAJA MAUT TERSEPIT KERETA TERBABAS

213
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Seorang remaja maut selepas selepas kereta yang dinaiki terbabas dalam kemalangan di Kampung Jalan Pulai Chondong, Machang, di sini.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan 1 (PBK I) Mohd Nazri Taib berkata kejadian berlaku pada awal pagi Isnin.

“Kami menerima panggilan pada jam 3.33 pagi memaklumkan berkenaan kemalangan itu.

“Enam anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ketereh bergegas ke lokasi dan sebaik tiba didapati benar kemalangan membabitkan sebuah kereta Honda Jazz terbalik di tepi jalan dipercayai terbabas,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya kereta tersebut dinaiki tiga mangsa lelaki berumur 18 tahun.

“Pemandu kereta tersebut tersepit di bahagian tempat duduk bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia selepas dikeluarkan dari kenderaan yang mengambil masa kira-kira sejam.

“Manakala dua lagi mangsa telah keluar sendiri dengan selamat,”katanya.

Mohd Nazri berkata kereta itu dinaiki tiga individu lelaki yang berusia 18 tahun namun pemandu tersepit di bahagian tempat duduknya.

Katanya bagaimanapun mangsa tersepit disahkan meninggal dunia selepas dikeluarkan dari kenderaan itu.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 4.52 pagi dan mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here