MIRI: Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas dibawa arus deras ketika mandi-manda bersama tiga lagi rakannya di Pantai Kampung Gatas Bekenu, petang semalam.
Menurut jurucakap pusat gerakan operasi bomba negeri Sarawak, mangsa yang dikhuatiri lemas dikenali sebagai Shahrizan Amani Bin Sepawi, 17.
Menurutnya dalam kenyataan hari ini, ketika kejadian, seorang lagi rakan mangsa juga hampir lemas, namun berjaya diselamatkan orang kampung yang berada di kawasan pantai berkenaan.
Katanya, dua lagi rakannya yang turut sama mandi di pantai sama berjaya menyelamatkan diri daripada dibawa arus deras dengan berenang tepi pantai.

Menurutnya, sepasukan anggota bomba dari balai bomba dan penyelamat Batu Niah ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan berhubung insiden berkenaan pada 6 petang.
Katanya pasukan bomba dengan anggota polis memulakan operasi pencarian di sekitar tepi pantai dengan bantuan orang kampung dalam radius satu kilometer, namun mangsa masih gagal ditemukan.
Operasi pencarian ditangguhkan pada pada 8.35 malam dan diteruskan hari ini.
Sumber HMetro Online
Imedikel TV






