Home Segmen Kesihatan ‘REBONDING’ RAMBUT PERLU DIJAGA DENGAN BETUL

‘REBONDING’ RAMBUT PERLU DIJAGA DENGAN BETUL

277
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

Segelintir lelaki mahupun wanita mengimpikan rambut yang cantik dan lurus setiap masa.

Namun tidak dinafikan ada juga mereka yang gemar akan rambut kerinting.

Bagaimanapun, kaedah yang dipanggil ‘rebonding’ rambut adalah proses kimia yang meluruskan rambut secara kekal malah sekiranya tidak dijaga dengan baik, ia boleh menimbulkan pelbagai masalah terhadap rambut tersebut.

Oleh sebab itu, individu yang membuat rebonding rambut perlu menjaganya dengan rapi.

Terdapat beberapa masalah yang mungkin berlaku disebabkan tidak menjaganya dengan betul:

1. Rambut kering dan rapuh: proses kimia untuk rebonding rambut dapat menghilangkan kelembapan rambut dan membuatnya menjadi kering serta rapuh.

2. Hujung rambut bercabang: tanpa penjagaan yang baik, hujung rambut akan bercabang dan rosak.

3. Rambut gugur: rambut yang tidak dirawat setelah rebonding cenderung lebih mudah gugur kerana menjadi lebih lemah.

4. Kehilangan kilau: rambut akan kehilangan kilau yang asli dan terlihat kusam.

5. Gatal kulit kepala: produk kimia yang digunakan menyebabkan gatal pada kulit kepala sekiranya tidak dirawat dengan betul.

Untuk mengelakkan masalah ini, penting bagi mereka yang membuat rebonding untuk menggunakan produk penjagaan rambut seperti serum, pelembab yang melembapkan dan melindungi, serta menghindari penggunaan alat pemanas berlebihan seperti pengering rambut.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here