Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
TUMPAT: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan merampas kira-kira 600 liter minyak petrol dan 260 pasang selipar pelbagai jenama disyaki sedang menjalankan aktiviti tidak bermoral.

Pegawai Penguat Kuasa KPDN, Kelantan menerima empat serahan kes daripada Batalion 7 Pasukan Gerakan AM berkaitan membanteras barangan kawalan di sekitar sempadan negara.
Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Pengguna boleh menyalurkan sebarang aduan sekiranya mengesyaki sebarang aktiviti yang mencurigakan dan tindakan tegas segera diambil. – KPDN –
IMedikel TV






