BAITULMAQDIS: Pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh bertujuan memanjangkan konflik di Gaza dan akan merumitkan perbincangan untuk menyelesaikan krisis, kata Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.
Abbas berkata demikian kepada agensi berita Russia, RIA dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.
“Tidak dinafikan tujuan pembunuhan Haniyeh adalah untuk memanjangkan perang dan meluaskan skopnya,
“Ia akan memberi kesan negatif kepada rundingan yang sedang berjalan untuk menamatkan pencerobohan dan menarik balik tentera Israel dari Gaza,” RIA memetik Abbas sebagai berkata. – REUTERS, BH Online –
IMedikel TV






