Home Hiburan RAHSIA TERBONGKAR, INTAN HAMIL ANAK PERTAMA

RAHSIA TERBONGKAR, INTAN HAMIL ANAK PERTAMA

203
0

KUALA LUMPUR: Pelakon Datin Intan Najuwa, 27, berkongsi kegembiraan apabila rumah tangga yang dibina bakal diserikan dengan kehadiran cahaya mata, tidak lama lagi.

Berita gembira itu dikongsi Intan menerusi laman Instagram. Menerusi hantaran itu, Intan dilihat berkongsi rakaman imej ultra bunyi.

“Rahsia kami akhirnya terbongkar. Kami bakal bertiga kelak,” tulisnya.

Pelakon drama Kekasih Rela Paksa itu turut menayang ‘baby bump’ sambil mengusap perutnya yang semakin membesar.

Bagaimanapun, pelakon kelahiran Johor itu tidak berkongsi butiran terperinci termasuk usia kandungannya.

Dalam ruangan komen, ramai rakan artis mengucapkan tahniah atas berita gembira itu. Antaranya, Nora Danish, Bella Astillah, Riena Diana, Azira Shafinaz dan ramai lagi.

Intan mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Datuk Ahmad Asraf Azman, 40, pada Ogos tahun lalu.

Bulan lalu, Intan mengumumkan mahu memperlahankan kerjaya seni atas permintaan suami.

Permintaan itu dibuat suaminya kerana mahu Intan meluangkan lebih banyak masa bersama di rumah.- BH Online –

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here