Home Buletin Semasa 16 PROJEK MEGA DILAKSANAKAN DI KELANTAN

16 PROJEK MEGA DILAKSANAKAN DI KELANTAN

528
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Kerajaan Persekutuan meluluskan sebanyak 92 projek pembangunan baharu di Kelantan melibatkan RM2.81 billion di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 menerusi Rolling Plan Ke-4.

Pengarah Jabatan Pembangunan Negeri Kelantan (ICU JPM) Jasri Kasim menyampaikan sijil apresiasi kepada Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin.

Pengarah Jabatan Pembangunan Negeri Kelantan (ICU JPM) Jasri Kasim berkata 16 daripadanya adalah projek mega dengan kos lebih RM35 juta untuk setiap projek.

“Kerja bagi sebahagian projek itu sudah bermula termasuk penyediaan tender.

“Projek adalah Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) – Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Kota Bharu, PLSB Sungai Golok Fasa 3, kerja awalan menaik taraf jalan di Bandar Baru Tunjong serta pembinaan blok Patologi Tambahan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Apresiasi Pejabat Pembangunan Negeri (ICU JPM) 2024 di sini, hari ini.

Jasri berkata, ia juga termasuk kerja menaik taraf jalan dari Simpang Batu Empat sehingga ke Simpang Salor, pembinaan baharu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Binjai, Kota Bharu yang mengandungi 36 bilik darjah serta kemudahan lain dan membina sistem Bekalan Air Luar Bandar (BALB) di Manek Urai dan Laloh, Kuala Krai.

Jelasnya, setakat ini sebanyak 445 projek pembangunan di Kelantan termasuk 92 projek baharu tahun ini dan 353 projek sambungan.m yang menjadikan peruntukan perbelanjaan sebanyak RM1.1 bilion.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here