Home Hiburan RAHMAN SERAH ‘BATON’ PADA PENGACARA GEN Z

RAHMAN SERAH ‘BATON’ PADA PENGACARA GEN Z

Bukit Jalil : “Ini merupakan Anugerah Juara Lagu (AJL) saya yang terakhir.”

Memetik laporan Harian Metro, Itu kenyataan mengejut dibuat pengacara terkenal, Naz Rahman, ketika mengendalikan pentas Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) di Unifi Arena, di sini, malam tadi.

Naz atau nama sebenarnya Nazrudin Habibur Rahman, 48, berkata, keputusan itu dibuat bukan atas sebarang sebab negatif, sebaliknya dia sedar faktor usianya semakin meningkat dan turut meluahkan rasa kagum melihat gabungan generasi muda dan veteran dalam industri muzik hari ini.

“Bukan kerana apa-apa, kerana saya sedar, saya ini pun menjangkau usia dan apabila saya lihat darah muda bersama-sama dengan mereka yang veteran.

Itu kenyataan mengejut dibuat pengacara terkenal, Naz Rahman, ketika mengendalikan pentas Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) di Unifi Arena, di sini, malam tadi.

Naz atau nama sebenarnya Nazrudin Habibur Rahman, 48, berkata, keputusan itu dibuat bukan atas sebarang sebab negatif, sebaliknya dia sedar faktor usianya semakin meningkat dan turut meluahkan rasa kagum melihat gabungan generasi muda dan veteran dalam industri muzik hari ini.

“Bukan kerana apa-apa, kerana saya sedar, saya ini pun menjangkau usia dan apabila saya lihat darah muda bersama-sama dengan mereka yang veteran.

“Kita nampak arus pemacu muzik kita jatuh satu alaf yang baru dengan kecerdasan buatan, dengan teknologi dan sebagainya,” katanya ketika mengendalikan AJL40 malam tadi.

Menurut Naz, dia berpendapat sudah tiba masanya untuk menyerahkan baton pengacaraan kepada barisan bakat yang lebih muda dan berjiwa Gen Z (generasi Z).

“Saya berbangga dapat menjadi pengacara AJL selama dua tahun berturut-turut bersama Sissy Iman.

“Saya rasa kita perlu ‘hand the baton’ kepada lebih muda, lebih Gen Z gitu,” katanya.

Dalam pada itu, Naz sempat mencuri tumpuan apabila mendedikasikan kata-kata pujukan buat rakan hos, Sissy Imann yang kelihatan beremosi di atas pentas.

Naz turut bergandingan dengan Sissy pada AJL39 tahun lalu hingga mendapat pujian ramai.

Tahun ini mereka sekali lagi dipilih untuk mengendalikan AJL40 yang disiarkan secara langsung di TV3.-HMetro Online-

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here