Home Sukan QABIL RAIH TEMPAT KETIGA

QABIL RAIH TEMPAT KETIGA

KUALA LUMPUR: Pelumba muda negara, Qabil Irfan Azlan memastikan Jalur Gemilang terus berkibar di Sepanyol selepas menamatkan Perlumbaan 2 Moto4 Kejuaraan Superbike Sepanyol (ESBK) 2024 di Navarra, semalam di kedudukan podium.

Kejayaan mendapatkan tempat ketiga itu turut mengubat duka pelumba berusia 12 tahun itu yang terpaksa menamatkan Perlumbaan 1 dengan nota kecewa selepas mengalami kemalangan.

Sekalipun terpaksa memulakan perlumbaan di petak keempat selepas keputusan yang diraih pada Perlumbaan 1, pelumba kelahiran Terengganu itu tampak tidak terkesan apabila sentiasa bersaing di kelompok depan.

Dan persaingan sengit sehingga penghujung perlumbaan menyaksikan pelumba pasukan VHC Frando Racing itu melepasi garisan penamat, hanya dibezakan dengan 0.577 saat (s) di belakang pemenang, Enzo Zaragoza dari Sepanyol.

Sementara itu, tempat kedua menjadi milik pelumba Perancis, Francois Florian.

Keputusan di Navarra menyaksikan Qabil yang juga juara Siri FIM MiniGP Malaysia 2024 kekal di kedudukan keempat keseluruhan selepas mengumpul 145 mata. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here