Home Hiburan PUTERI SARAH LIYANA JAGA PRIVASI ANAK-ANAK, PENDIDIKAN JADI KEUTAMAAN

PUTERI SARAH LIYANA JAGA PRIVASI ANAK-ANAK, PENDIDIKAN JADI KEUTAMAAN

KUALA LUMPUR: Pelakon, Puteri Sarah Liyana mengakui lebih selesa menjaga privasi dua anaknya, Syaikhul Islam dan Sumayyah, walaupun mereka sering menjadi tumpuan netizen.

Memetik laporan Berita Harian, Puteri Sara berkata, dia lebih selesa sekiranya anak-anak tidak kerap muncul di media sosial atau terbabit secara aktif dalam industri hiburan.

“Saya tidak gemar terlalu mendedahkan anak-anak kepada umum. Jika sekadar muncul seketika, seperti dalam iklan televisyen (TVC) dan tidak kerap, ia masih boleh diterima.

“Namun, jika keterlaluan, saya berasa kurang selesa. Saya sendiri membuat siaran langsung setiap hari, jadi tidak mengapa jika anak-anak muncul seketika untuk mengucapkan ‘hai’. Cuma, jika terlalu kerap dan berlebihan, saya tidak bersetuju,” tulisnya.

Puteri Sarah berkongsi pandangannya ketika menjawab soalan netizen menerusi sesi soal jawab (Q&A) di Instagram Story (IGs).

Mengulas pertanyaan netizen mengenai kemungkinan Syaikhul dan Sumayyah menyertai dunia hiburan, Sarah menegaskan pendidikan anak-anak menjadi keutamaan.

“Bagi saya, pendidikan sangat penting. Jika diberi pilihan, saya mahu Sumayyah menjadi doktor, manakala abangnya pula berminat dalam bidang kejuruteraan,” katanya.

Untuk rekod, Puteri Sarah mendirikan rumah tangga dengan pengarah, Syamsul Yusof, pada 8 Mac 2014, namun mereka sah bercerai talak satu pada 14 Jun 2023.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 9, dan Sumayyah, 8 tahun. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here