Home Segmen Kesihatan PUNCA KERAP MENGANTUK WALAU DI SIANG HARI

PUNCA KERAP MENGANTUK WALAU DI SIANG HARI

250
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

Kerengsaan segelintir orang kerana tidak dapat memberi tumpuan penuh untuk bekerja kerana kerap berasa mengantuk walaupun pada siang hari.

Mereka merasakan seperti tidak cukup tidur kerana gejala tersebut sangat ketara malah menjejaskan rutin harian sehingga mengganggu tumpuan dalam kehidupan seharian.

Ramai yang mengganggap ianya gejala biasa kerana tidak tahu puncanya.

Namun sebenarnya, ia merupakan masalah yang perlu diberi perhatian.

Persoalannya, apakah punca masalah kerap mengantuk itu terjadi?

1. Kualiti tidur yang rendah

Gangguan tidur seperti apnea tidur (henti nafas semasa tidur), berdengkur, atau insomnia boleh mengurangkan kualiti tidur walaupun tempoh tidur mencukupi.

2. Diet tidak seimbang

Makan makanan tinggi gula atau karbohidrat tanpa serat dan protein boleh menyebabkan lonjakan dan penurunan paras gula darah, yang mengakibatkan keletihan. Kekurangan zat besi atau anemia juga menyumbang kepada keletihan.

3. Masalah kesihatan

Masalah tiroid: Hipotiroidisme menyebabkan metabolisme badan menjadi perlahan.

Diabetes: Paras gula yang tidak stabil boleh menyebabkan badan mudah penat.

Tekanan: Keletihan dan rasa mengantuk adalah simptom tekanan.

4. Kurang aktiviti fizikal

Gaya hidup yang tidak aktif menyebabkan badan kurang bertenaga dan mudah lesu.

5. Pengaruh ubat-ubatan

Sesetengah ubat seperti antihistamin, ubat tekanan darah, atau ubat sakit boleh menyebabkan mengantuk sebagai kesan sampingan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here