Home Buletin Semasa HUJAN BERTERUSAN DI LIMA NEGERI TAHAP WASPADA – METMALAYSIA

HUJAN BERTERUSAN DI LIMA NEGERI TAHAP WASPADA – METMALAYSIA

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Jabatan Meteorologi (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri sehingga Khamis ini.

METMalaysia dalam kenyataan hari ini, berkata hujan berterusan itu dijangka berlaku di negeri Perak (Hulu Perak), Kelantan, Terengganu dan Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin).

Hujan berterusan juga dijangka berlaku di negeri Sarawak (Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu) dan Mukah bermula Khamis hingga Ahad depan.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi Jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi Jabatan.

Bagi sebarang pertanyaan lanjut  boleh hubungi talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here