Home Segmen Kesihatan PUNCA GAGAP

PUNCA GAGAP

181
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

Ada dalam kalangan anak-anak kita mempunyai masalah pertuturan sama ada kelewatan bercakap (speech delay) atau gagap.

Masalah anak gagap adalah gangguan pertuturan di mana bunyi, suku kata, atau perkataan yang berulang atau berpanjangan, menganggu aliran normal pertuturan.

Gangguan pertuturan ini boleh disertakan dengan tingkah laku sukar, seperti mata cepat berkedip atau tremor di mulut.

Apa itu masalah anak gagap?

Masalah anak gagap boleh membuat ia sukar untuk berkomunikasi dengan orang lain, yang boleh menjejaskan kualiti hidup seseorang.

Mereka yang menderita kerana gagap tahu apa yang hendak mereka sampaikan, tetapi susah untuk mengeskpresikannya melalui perkataan.

Sebagai contoh, mereka mungkin mengulang atau memanjangkan satu perkataan, suku kata atau frasa, atau berhenti ketika bertutur dan tidak membuat bunyi bagi suku kata tertentu.

Simptom-simptom

Antara simptom-simptom yang biasa berlaku bagi masalah anak gagap adalah:

  • Sukar untuk memulakan perkataan, ayat atau frasa;
  • Memanjangkan perkataan atau bunyi dalam satu perkataan;
  • Pengulangan bunyi, suku kata atau perkataan;
  • Senyap sebentar untuk suku kata tertentu atau berhenti di satu perkataan (perkataan terputus);
  • Penambahan perkataan berlebihan seperti “um” jika sukar untuk berganjak ke ayat lain yang diingini;
  • Tekanan berlebihan, ketat atau pergerakan muka atau badan atasan untuk menghasilkan perkataan;
  • Kerisauan tentang pertuturan;
  • Kebolehan terhad untuk berkomunikasi dengan efektif.

Ahli-ahli pengkaji masih mengkaji tunjang punca-punca masalah gagap berulang. Kombinasi antara faktor-faktor boleh terlibat. Antara kemungkinan punca-punca gagap berulang termasuklah:

  • Pengawalan motor pertuturan tidak normal: beberapa bukti menunjukkan abnormal dalam pengawalan motor pertuturan, seperti masa, sensori dan koordinasi motor, juga terimplikasi.
  • Genetik: Gagap selalunya ada dalam keluarga. Ia menunjukkan bahawa gagap boleh disebabkan oleh diwarisi (genetik) tidak normal dalam pusat bahasa pada otak.
  • Keadaan kesihatan: Gagap boleh terjadi akibat strok, trauma atau kecederaan otak lain.
  • Masalah kesihatan mental: Dalam kes-kes terpencil, trauma emosi boleh membawa kepada gagap.

Faktor-faktor risiko masalah anak gagap termasuklah:

  • Mempunyai sedara yang mempunyai gangguan pertuturan: Gagap boleh diwarisi dari keluarga.
  • Pembentukan zaman kanak-kanak yang lewat: Kanak-kanak yang mempunyai pembentukan lewat atau masalah pertuturan lain boleh menjadi gagap.
  • Menjadi lelaki: Lelaki lebih cenderung untuk gagap berbanding wanita.
  • Stres: stress dalam keluarga, harapan tinggi ibu bapa atau jenis tekanan lain boleh membuat gagap menjadi lebih teruk.

Rawatan untuk gagap selalunya termasuk kaunseling untuk ibu bapa dan terapi untuk anak. Matlamat utama rawatan adalah untuk membantu anak anda belajar untuk bercakap sebaik mungkin. Sila rujuk doktor anda untuk maklumat lanjut.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here