Home Luar Negara HANYA KERANA GIGITAN NYAMUK

HANYA KERANA GIGITAN NYAMUK

151
0

WASHINGTON: Percutian seorang wanita berakhir dengan mimpi ngeri apabila mengalami masalah kulit selain gugur rambut dan kukunya tercabut selepas digigit nyamuk ketika bercuti.

Metro UK melaporkan, Amy Wells mengalami masalah itu ketika bercuti di Republik Dominican dekat Caribbean bersama suaminya, Charlie pada 22 Januari tahun lalu dan menyedarinya selepas bangun tidur serta melihat ruam di seluruh badannya.

Wanita berusia 37 tahun itu diberikan antibiotik di sebuah hospital dekat pulau itu namun ia bertindak balas dengan ubat lain yang dimakan sebelum kulitnya dipenuhi dengan ruam yang menyakitkan beberapa hari selepas kembali ke United Kingdom (UK).

Amy berakhir di unit kecemasan di mana doktor menemui luka yang menunjukkan ruam pertama disebabkan oleh gigitan nyamuk.

Pekerja kawalan kualiti berkata kulitnya mula menggelupas, dengan sebahagian daripadanya melekat pada kakinya, menyebabkan luka terdedah dan parut.

Dia juga kehilangan kuku dan rambutnya gugur.

Amy, dari Ashford, Kent, berkata pengalaman itu ibarat neraka di dunia.

“Ruam itu menutupi seluruh badan termasuk mata dan bibir saya. Ia amat menyakitkan.

“Ia sangat ganjil. Saya tidak pernah mengalami sebarang reaksi alahan terhadap apa-apa,” katanya.

Menurutnya lagi, pasukan perubatan ada memaklumkan bahawa keadaannya adalah disebabkan reaksi terhadap antibiotik dan dia juga terkena gigitan nyamuk Zika.

Amy ditahan di hospital dan dibenarkan pulang ke rumah pada 1 Februari kerana penanda jangkitan menurun, tetapi dia mempunyai sedikit ruam muncul di badannya.

Pehanya membengkak kepada dua kali ganda saiz biasa semasa penerbangan sepuluh jam, dan ia berasa seperti terbakar, katanya.

Dia mendapatkan rawatan di Hospital William Harvey di Ashford.

Kakinya mengambil masa tiga minggu untuk sembuh dan dia kini mempunyai parut yang menutupi separuh daripada setiap kaki di bawah lutut.

Amy terpaksa mengambil cuti kerja selama sepuluh minggu.

Kuku jari dan kakinya tercabut pada April, manakala rambutnya mula menipis, dan menjelang Mei dia botak sepenuhnya. – AGENSI, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here