Home Sukan PSG, PSV SAMA KUAT

PSG, PSV SAMA KUAT

172
0

PARIS: Kelemahan Paris St Germain di pentas tertinggi berterusan apabila terikat 1-1 di laman sendiri menentang PSV Eindhoven dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah.

Pendahulu Ligue 1 itu terselamat daripada kekalahan apabila jaringan babak kedua Achraf Hakimi mengimbangi gol pembukaan Noa Lang di Parc des Prince, meletakkan skuad kendalian Luis Enrique pada empat mata selepas tiga perlawanan.

Pendahulu Eredivisie, PSV, yang memanfaatkan kelemahan barisan tengah tuan rumah, masih belum menang dengan hanya dua mata dikutip dalam format baharu 36 pasukan.

“Ia perlawanan yang pelik. Kami mempunyai banyak peluang tetapi gagal menyempurnakannya. Kami menguasai semua permainan kami tetapi hari ini tidak cukup tajam,” kata Hakimi.

PSV sebaliknya lebih tajam dan membuka jaringan selepas Lang memanfaatkan hantaran Ismael Saibari pada minit ke-34.

PSG menyamakan kedudukan 10 minit selepas rehat menerusi Hakimi. – REUTERS, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here