Home Sukan PSG BURU TROFI KELIMA MUSIM INI

PSG BURU TROFI KELIMA MUSIM INI

372
0

LOS ANGELES: Juara Eropah baharu, Paris Saint-Germain tiba di Amerika Syarikat minggu ini untuk Piala Dunia Kelab dan meletakkan sasaran tinggi di kejohanan anjuran FIFA itu.

“Saya rasa ia pertandingan yang hebat. Sasaran kami ialah untuk memenangi trofi kelima musim ini,” kata pengendali PSG, Luis Enrique yang menjuarai Liga Juara-Juara Eropah di Munich dua minggu lalu.

Memetik laporan AFP menerusi Berita Harian Kelab gergasi Perancis itu menewaskan Inter Milan 5-0 untuk merangkul gelaran Liga Juara-Juara Eropah buat pertama kali dalam sejarah mereka.

Walaupun gah dalam saingan domestik, PSG sebelum ini tercari-cari formula untuk menguasai pentas Eropah – termasuk berbelanja besar bagi mendapatkan khidmat pemain-pemain bintang seperti Kylian Mbappe, Neymar dan Lionel Messi.

PSG sudah mengharungi 58 perlawanan sejak Ogos lalu dan turut menyapu bersih kesemua trofi domestik di Perancis musim ini.

Perlawanan pertama PSG di Piala Dunia Kelab adalah menentang Atletico Madrid yang dibintangi Antoine Griezmann di Rose Bowl, Pasadena esok (awal pagi Isnin).

Mereka juga akan berdepan juara Amerika Selatan, Botafogo dari Brazil dan Seattle Sounders dalam saingan Kumpulan B.

Selepas kejohanan Piala Dunia Kelab, PSG akan memulakan kempen baharu dengan Piala Super UEFA menentang Tottenham Hotspur. – AFP, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here