Home Sukan PSG BURU GELARAN HATRIK LIGA JUARA-JUARA

PSG BURU GELARAN HATRIK LIGA JUARA-JUARA

PARIS: Musim baharu Liga Juara-Juara Eropah (UCL) akan bermula minggu ini dengan saingan fasa liga, ketika Paris Saint-Germain (PSG) memburu peluang menjulang trofi berprestij itu tiga musim berturut-turut.

Memetik laporan AFP menerusi Berita Harian, PSG berjaya mempertahankan kejuaraan musim lalu apabila menewaskan Arsenal menerusi penentuan penalti di Budapest, sekali gus mengekalkan trofi yang dimenangi buat kali pertama dalam sejarah kelab itu 12 bulan sebelumnya.

Skuad kendalian Luis Enrique sudah mengukuhkan status mereka sebagai antara pasukan terhebat dalam sejarah pertandingan itu selepas muncul juara dua kali berturut-turut, pencapaian yang sebelum ini hanya dilakukan Real Madrid sejak format moden Liga Juara-Juara diperkenalkan pada 1992.

Namun, memenangi kejuaraan tiga kali berturut-turut adalah cabaran pada tahap yang jauh berbeza.

Real Madrid melakukannya di bawah kendalian Zinedine Zidane antara 2016 hingga 2018.

Dua lagi pasukan yang pernah mencapai kejayaan itu ialah Ajax (1971-1973) dan Bayern Munich (1974-1976).

Real juga memenangi lima edisi pertama Piala Eropah dari 1956 hingga 1960.

“Objektif kami jelas. Saya mahu memenangi trofi penting dan tiada yang lebih penting daripada Liga Juara-Juara,” kata Enrique, yang turut membimbing Barcelona menjulang trofi itu pada 2015.

Kejayaan dua kali berturut-turut gergasi Perancis itu hadir seiring pengenalan format baharu Liga Juara-Juara, dengan 36 pasukan kini bersaing dalam fasa liga dan masing-masing mengharungi lapan perlawanan menentang lapan lawan berbeza.

PSG bergelut dalam fasa liga bagi dua kempen terakhir, apabila menamatkan saingan di luar kelompok lapan terbaik dan terpaksa melalui pusingan playoff tambahan untuk mara ke kelompok 16 terakhir.

Undian yang sukar antara faktor menyebabkan mereka berdepan kesukaran itu dan kali ini PSG sekali lagi bakal berdepan beberapa lawan yang tidak asing buat mereka termasuk Manchester City, Barcelona dan Aston Villa. – AFP, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here