Home Buletin Semasa PRODUK KOSMETIK BERNILAI RM102,800 DIRAMPAS

PRODUK KOSMETIK BERNILAI RM102,800 DIRAMPAS

157
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

PASIR MAS: Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas produk kosmetik bernilai RM102,800 disyaki dari Thailand tanpa dokumen yang sah di Pengakalan Haram Syed Mior, di sini, pada Ahad.

Komander Bridged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid dalam satu kenyataan berkata, ramapasan itu dilakukan sepasukan anggota Batalion (BN) 7 PGA kira-kira jam 10.30 pagi apabila menyerbu sebuah stor tidak berkunci di kawasan pengkalan haram tersebut semasa membuat rondaan Op Taring Wawasan, di sini.

“Hasil pemeriksaan mendapati kotak itu mengandungi pelbagai jenis produk kosmetik disyaki dari Thailand tanpa dokumen yang sah. Produk kosmetik ini dipercayai untuk diseludup masuk ke pasaran tempatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 7(1)(a) Peraturan-peraturan Dadah dan Kosmetik 1984,”katanya.

Katanya hasil rampasan dibawa ke Komtak Jeram Perdah untuk tindakan selanjutnya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here