Home Politik PRN SABAH: PEJUANG SASAR TANDING SEKURANG-KURANGNYA 4 KERUSI TERMASUK KAWANG, TAMPARULI

PRN SABAH: PEJUANG SASAR TANDING SEKURANG-KURANGNYA 4 KERUSI TERMASUK KAWANG, TAMPARULI

432
0

PAPAR: Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) mensasarkan tidak lebih daripada empat kerusi pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah, kata presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Memetik laporan Berita Harian, Mukhriz berkata setakat ini tiga kerusi sudah dikenalpasti iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Manis dan Kawang dalam Parlimen Papar serta Tamparuli di Parlimen Tuaran.

Bagaimanapun, katanya, keputusan muktamad mengenainya bergantung kepada hasil perbincangan bersama Perikatan Nasional (PN) selepas ini.

“Hasrat kami buat masa ini ialah untuk melihat mungkin tiga atau empat kerusi, namun ia bergantung kepada hasil perbincangan kita dengan PN.

“Saya akui bahawa di Papar ini, kedua-duanya Pantai Manis dan Kawang adalah antara DUN yang kita memasang minat (untuk bertanding dalam PRN17).

“Saya kira PN sendiri pun, tentunya wujudkan satu bentuk kerjasama dengan parti-parti tempatan di Sabah. Jadi kita ikut sahaja apa juga keputusan yang dibuat oleh PN,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bertempat di sini, semalam.Turut hadir, Ketua PEJUANG Sabah, Nicholas Sylvester dan timbalannya, Razif Abdillah. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here