Home Politik PRN SABAH: GABUNGAN POLITIK, AUTONOMI SABAH PENGARUHI PILIHAN PENGUNDI

PRN SABAH: GABUNGAN POLITIK, AUTONOMI SABAH PENGARUHI PILIHAN PENGUNDI

216
0

KOTA KINABALU: Gabungan politik dan soal autonomi Sabah dijangka mempengaruhi pengundi pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah.

Dua perkara itu adalah antara lima faktor yang digariskan bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak bakal mempengaruhi keputusan pengundi.

Tiga lagi faktor ialah berkaitan soal ekonomi, kepimpinan dan pembangunan yang dilaksanakan di Sabah.

Beliau berpandangan, lima faktor itu akan dinilai golongan pengundi yang diistilahkannya sebagai ‘majoriti senyap’.

“Apa yang mempengaruhi undian mereka? Pertama ialah ekonomi, mengenai kos sara hidup dan peluang pekerjaan, manakala yang kedua ialah soal kepimpinan, siapa yang boleh mentadbir dengan baik dan ketiga soal pembangunan, khususnya berkaitan infrastruktur, pendidikan dan kesihatan.

“Seterusnya ialah soal gabungan politik, mampukah parti bekerja bersama dan akhir sekali ialah soal autonomi Sabah yang berkait rapat dengan perjuangan untuk hak Sabah,” katanya menerusi satu perkongsian di Facebook.

Mengenai majoriti senyap, Salleh yang juga Bendahari UMNO Sabah berkata mereka terdiri daripada pengundi atas pagar yang tidak terikat dengan mana-mana parti.

Katanya, pengundi muda yang mahukan peluang pekerjaan dan kestabilan juga adalah sebahagian daripada majoriti senyap yang bakal menjadi penentu pada PRN17 nanti.

Selain itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan itu turut memasukkan penduduk luar bandar yang sentiasa prihatin terhadap pembangunan dan bantuan kerajaan dalam kumpulan majoriti senyap.

Katanya, parti politik harus mendengar suara mereka, bukan hanya ketika berkempen tetapi juga selepas menang pada pilihan raya nanti. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here