Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
KOTA BHARU: Kira-kira 30 orang daripada 10 keluarga ditempatkan di Pusat Pemindahan Banjir Sementara (PPS), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beris, Bachok di sini sekaligus menjadikan ia PPS pertama dibuka di negeri ini.
PPS itu mula dibuka pada jam 6.00 petang semalam, selepas rumah mangsa dari Kampung Budi dan Perumahan Lembah Budi dinaiki air susulan hujan berterusan sejak malam kelmarin.
Sementara itu, portal infobanjir.water.gov.my menunjukkan Sungai Golok di Rantau Panjang melepasi amaran setakat jam 9.00 pagi ini.
Manakala tiga sungai iaitu , Sungai Melor di Jambatan Melor, Bachok, Sungai Semerak di Pasir Puteh dan Sungai Golok di Kuala Jambu berada pada tahap waspada.
IMedikel TV






