Home Sukan POTTER JURULATIH BAHARU WEST HAM

POTTER JURULATIH BAHARU WEST HAM

London: Graham Potter akan dilantik pengurus baharu West Ham selepas kelab terbabit memecat Julen Lopetegui, semalam.

Bekas pengendali Brighton dan Chelsea itu bersetuju dengan kontrak dua tahun setengah dan akan diperkenalkan ketika sidang media di Stadium London, hari ini.

Lopetegui dari Sepanyol dipecat selepas enam bulan bertugas. Bekas pengurus Wolves berusia 58 tahun itu dilantik pada Mei lalu menggantikan David Moyes tetapi menjadi jurulatih secara rasmi pada 1 Julai.

Sepanjang tempoh kendalian Lopetegui, Hammers hanya menang enam aksi Liga Perdana Inggeris.

Kekalahan 1-4 di tangan Manchester City adalah yang kesembilan dalam 20 aksi liga musim ini dan menduduki tangga ke-14, tujuh mata di atas zon penyingkiran.

West Ham dalam kenyatannya berkata: “Separuh musim pertama 2024-25 tidak selari dengan aspirasi kelab, dan kelab telah mengambil tindakan sejajar dengan objektifnya.

“Lembaga Pengarah ingin mengucapkan terima kasih kepada Julen dan staf kejurulatihannya atas kerja keras mereka sepanjang bersama Hammers dan mendoakan kejayaan mereka pada masa depan.”

Menurut sumber, Potter mendapat tawaran daripada kelab lain sejak meninggalkan Chelsea tetapi memilih West Ham susulan pemilikan yang stabil dan mempunyai rekod yang membenarkan pengurus meraih lebih masa untuk pembangunan pasukan. – AGENSI, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here