Home Luar Negara POLIS DIHUKUM PENJARA 18 BULAN INSIDEN STADIUM KANJURUHAN

POLIS DIHUKUM PENJARA 18 BULAN INSIDEN STADIUM KANJURUHAN

231
0

Mahkamah di Indonesia hari ini menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan terhadap seorang pegawai polis kerana kelalaian hingga menyebabkan satu daripada tragedi stadium paling buruk dalam sejarah bola sepak dunia.

Kejadian tahun lalu di bandar Malang mengorbankan 135 orang – termasuk lebih 40 kanak-kanak – selepas kekalahan 3-2 Arema FC di tangan seteru utama dari Jawa Barat, Persebaya Surabaya.

Ketika penyokong menceroboh padang di Stadium Kanjuruhan, polis melepaskan gas pemedih mata menyebabkan orang ramai berasak-asak untuk menyelamatkan diri.

Lelaki berkenaan, Hasdarmawan yang juga komander unit briged bergerak polis Jawa Barat dijatuhkan hukuman penjara hari ini.

“(Mahkamah) menjatuhkan hukuman terhadap defendan, Hasdarmawan, satu setengah tahun,” kata hakim Abu Achmad Sidqi Amsya di mahkamah dekat Surabaya, ibu kota Jawa Barat.

“Defendan gagal menjangka situasi yang sebenarnya agak senang diramal. Ada pilihan untuk tidak melepaskan tembakan (gas pemdih mata) bagi membalas keganasan penyokong.”

Hukuman berkenaan lebih pendek berbanding tiga tahun diminta pendakwaraya.

Hasdarmawan sebelum ini menafikan dia mengarahkan anggotanya melepaskan gas pemedih mata kepada penyokong.

Memakai baju berwarna putih dan pelitup muka, Hasdarmawan mendengar dengan teliti penghakiman dan hukuman dijatuhkan terhadapnya.

Dia ada tujuh hari untuk membuat rayuan. 

Sumber: BH Online & AFP

– Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here