Polis Israel terpaksa menggunakan meriam air untuk menyuraikan penunjuk perasaan yang berkumpul di persimpangan utama di Karkur, sebuah bandar di Utara Israel.
Video diperoleh AP menunjukkan sekumpulan penunjuk perasaan ditembak menggunakan meriam air ketika mereka melaungkan ‘Demokrasi’ dalam Bahasa Ibrani, namun tidak dapat dipastikan sama ada sesiapa cedera.

Penunjuk perasaan mendakwa perubahan yang dicadangkan menjejaskan demokrasi negara dengan menyekat kuasa mahkamah agung dan sebaliknya memberi parlimen kuasa melebihi mahkamah agung.
Bagaimanapun, netanyahu dan sekutunya berkata rancangan itu diperlukan untuk mengekang apa yang mereka dakwa sebagai kuasa berlebihan hakim yang tidak dilantik oleh kerajaan.
Rabu lalu, netanyahu dengan pantas menolak cadangan bertolak ansur oleh presiden Israel, Isaac Herzog untuk menyelesaikan kebuntuan itu, sekali gus memburukkan krisis yang semakin mengeruhkan negara dan mengundang kritikan antarabangsa.

Netanyahu dan sekutu Ultranasionalis serta pakatan kumpulan Yahudi berteraskan agama berjanji untuk meneruskan rombakan undang-undang walaupun berlaku demonstrasi.
Pemimpin perniagaan, pakar undang-undang dan pemimpin tentera yang bersara turut menyertai tunjuk perasaan itu manakala pihak tentera simpanan israel mengancam untuk berhenti melaporkan diri bertugas jika rombakan diteruskan. dalam langkah terbaru, parlimen Israel akan mengemukakan Rang Undang-Undang (RUU) bagi menyukarkan menyingkirkan Netanyahu atas tuduhan rasuah terhadapnya, ketika ia meneruskan rancangan yang lebih luas untuk merombak badan kehakiman.
Sumber: BH Online & AFP
– Imedikel TV






