Home Sukan POCHETTINO HARAP PEMINAT CHELSEA LEBIH YAKIN

POCHETTINO HARAP PEMINAT CHELSEA LEBIH YAKIN

181
0

LONDON: Mauricio Pochettino merayu peminat Chelsea untuk mempercayainya dan menunjukkan sokongan kepada Raheem Sterling selepas pengendali dan pemain itu dicemuh penyokong ketika aksi suku akhir Piala FA menentang Leicester.

Skuad kendalian Pochettino hampir dikejutkan Leicester yang beraksi 10 orang apabila kelebihan dua gol berjaya dikejar kelab Liga Kejuaraan itu di Stamford Bridge, sebelum Chelsea menang 4-2.

Jaringan Marc Cucurella dan Cole Palmer meletakkan Chelsea di depan, tetapi jaringan sendiri Axel Disasi dan gol penyamaan Stephy Mavididi mencetus kemarahan penyokong Chelsea.

Selepas pasukan menghuni tangga ke-11 Liga Perdana Inggeris, penyokong The Blues mencemuh Sterling sepanjang permainan yang menyaksikan dia gagal menyempurnakan sepakan penalti di babak pertama.

Pochettino turut dicemuh dan laungan “anda tidak tahu apa yang anda lakukan” berkumandang ketika dia menggantikan Mykhailo Mudryk.

Chelsea meredakan suasana toksik itu selepas pemain Leicester, Callum Doyle dibuang padang kerana mengasari Nicolas Jackson, dengan gol-gol masa kecederaan menerusi Carney Chukwuemeka dan Noni Madueke membawa mereka ke separuh akhir.

Naib juara Piala Liga itu perlu memperbaiki persembahan mereka jika mahu menjulanga trofi domestik pertama mereka sejak Piala FA 2018.

“Kami masih dalam proses membina pasukan. Saya tahu bagaimana untuk menguruskan pasukan. Apa yang peminat mahu ialah memenangi perlawanan dan ia berjaya dicapai.

“Apa yang mereka mahu ialah ke Wembley dan itu juga berjaya kami capai. Mereka perlu mempercayai saya untuk menguruskan dengan cara yang saya rasa terbaik untuk kelab.

“Kami perlu menghormati pandangan mereka dan mereka juga perlu menghormati keputusan saya,” kata Pochettino.

– AFP,BH Online-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here