Oleh: Nur Athirah Azman, IMedikel TV
Kolesterol jahat atau dikenali sebagai low-density lipoprotein (LDL) adalah pembunuh manusia dalam senyap.
Individu yang mempunyai kolesterol jahat yang tinggi tidak akan menyedarinya kerana tidak ada sebarang tanda atau gejala yang ditunjukkan, Namun kesannya begitu berbahaya.
Paras kolesterol jahat yang berbahaya boleh menyebabkan penyakit membawa maut seperti:
- Artherosklerosis (timbunan lemak melekit dalam pembuluh darah di jantung (arteri))
- Strok
- Tekanan darah tinggi
- Sakit jantung
- Sakit buah pinggang
Selain itu, kolesterol baik atau dikenali sebagai HDL membawa kolesterol tidak diperlukan jauh dari sel dan dikembalikan pada hati untuk dimusnahkan.
Sesetengah individu yang mempunyai masalah ini mengalami gejala fizikal seperti kehadiran benjolan kuning pada kulit sekitar kelopak mata mereka.
Individu perlu melakukan ujian tahap kolesterol sekiranya mereka tergolong dalam golongan seperti:
- Lelaki berumur 35 tahun dan ke atas
- Perempuan berumur 45 tahun ke atas
- Mempunyai faktor risiko seperti pernah kena serangan jantung, obesiti, diabetes, sejarah keluarga dan merokok.
Oleh sebab itu amalan gaya hidup seimbang amat penting untuk membantu menurunkan kadar kolesterol jahat yang boleh membawa kematian.
Seseorang individu perlu mensasarkan dirinya untuk mendapat berat badan seimbang antara indeks jisim badan (BMI) 18.5 hingga 22.9.
Paling penting, mereka perlu makan makanan yang sihat, bersenam dan pantau tanda tanda kolesterol jahat pada tubuh melalui pemeriksaan doktor secara berkala.
IMedikel TV






