LAS VEGAS: Harapan Oscar Piastri untuk meraih kemenangan pertama sejak Ogos dan menghidupkan kembali peluangnya dalam perebutan gelaran Formula Satu (F1) dilihat sukar, apabila dia sekadar menamatkan sesi kelayakan di tempat kelima dalam keadaan hujan di Las Vegas, awal pagi tadi.
Memetik laporan Reuters menerusi Harian Metro, dengan rakan sepasukan McLaren yang juga pendahulu kejuaraan, Lando Norris, meraih petak utama buat kali ketiga berturut-turut, pemandu Australia itu perlu melakukan sesuatu yang luar biasa dalam perlumbaan nanti.
Pemandu Britain itu kini mendahului dengan kelebihan 24 mata dengan hanya dua pusingan, dan maksimum 58 mata masih berbaki untuk direbut selepas perlumbaan Las Vegas.
“Ada beberapa perkara di permulaan pusingan yang tidak berjalan lancar dari sudut operasi.
“Saya tidak pasti berapa banyak masa yang hilang sebenarnya. Tetapi apa yang boleh saya katakan ialah masih ada lebih banyak potensi di luar sana yang kami tidak sempat gunakan.
“Kami ada jentera yang baik di bawah kami yang nampaknya berfungsi dengan baik dalam pelbagai keadaan. Saya rasa kami boleh berlumba dengan kuat esok dan mudah-mudahan memintas beberapa kedudukan,”katanya yang kali terakhir menikmati kemenangan di GP Belanda Ogos lalu.
Pengurus pasukan, Andrea Stella berkata Piastri sebenarnya boleh menamatkan kelayakan di tempat ketiga, di belakang juara bertahan Red Bull, Max Verstappen, jika tidak terkena bendera kuning pada pusingan terakhirnya.
Sedikit malang untuk Oscar yang bertembung dengan bendera kuning dalam pusingan terakhir, sedangkan itu sepatutnya menjadi pusingan terpantasnya,” kata pengurus dari Itali itu. – REUTERS, HMetro Online –
IMedikel TV






