Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
TUMPAT: Pasukan Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan 13 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan seorang tekong dalam satu operasi di Kampung Kubang Batang, Wakaf Bharu, Sabtu lalu.
Memetik kenyataan dilaman Facebook rasmi PGA, tangkapan dilakukan sekitar jam 8 malam ketika pelaksanaan Op Taring Wawasan selepas anggota menahan sebuah kenderaan yang disyaki membawa warga asing.
“Pemandu cuba melarikan diri tetapi terbabas di tepi jalan dan berjaya diberkas. Hasil pemeriksaan terdapat enam lelaki dan tujuh perempuan warganegara Myanmar berada dalam kenderaan tersebut.
“Kesemua penumpang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah. Semua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat untuk tindakan selanjutnya,” menurut kenyataan pada Isnin.
Menurutnya pemandu seorang lelaki Thailand berumur 38 tahun didapati positif dadah jenis methamphetamine dan ditahan di bawah Seksyen 26(J) ATIPSOM 2007 manakala semua penumpang di tahan bawah Seksyen 6(1)(c)Akta Imigresen 1959/63.
IMedikel TV






