Home Buletin Semasa PENOREH GETAH MENGAKU BERSALAH TETAK ANAK SAUDARA

PENOREH GETAH MENGAKU BERSALAH TETAK ANAK SAUDARA

170
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Seorang penoreh getah mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan menetak anak saudara angkatnya menggunakan parang, pada 28 Oktober lalu.

Pengakuan itu dibuat tertuduh, Noradin Ibrahim, 54, selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap Ahmad Firhan Hadi Hamzah, 44, dengan menggunakan sebilah parang di sebuah rumah di Kampung Kulim, Pasir Puteh, pada jam 6 petang, 28 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta boleh dikenakan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nursyafiqah Mohamad, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudiannya tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 3 Disember depan untuk fakta kes dan hukuman.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here