Home Buletin Semasa PGA TAHAN DUA WARGA THAILAND MASUK SECARA HARAM, RAMPAS WANG TUNAI

PGA TAHAN DUA WARGA THAILAND MASUK SECARA HARAM, RAMPAS WANG TUNAI

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

TUMPAT: Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 8 menahan sepasang warga Thailand yang didapati masuk ke Malaysia secara haram melalui Pengkalan Haram Pejal, Pengkalan Kubor, di sini, pada Rabu.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, kedua-dua suspek berumur 36 dan 18 tahun itu ditahan pada jam 11.45 pagi ketika anggota PGA sedang melakukan pemerhatian sekitar kawasan berkenaan dalam Op Taring Wawasan.

“Pemeriksaan mendapati mereka tidak mempunyai cop masuk ke Malaysia yang sah di pasport masing-masing.

“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas beg tangan suspek wanita menemukan wang tunai berjumlah RM47,900 serta 120,000 Bath (RM15,600),”katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya kedua-dua suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 selepas ujian saringan mendapati suspek lelaki positif dadah jenis Methamphetamine.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here