Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
PASIR MAS: Produk kosmetik bernilai RM55,000 dirampas dalam Op Taring, di Pengkalan Haram Jeram Perdah 2, di sini, pada Isnin.
Menurut Komander Bridged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid, produk kosmetik itu dipercayai diseludup dari Thailand tanpa dokumen yang sah.
“Rampasan itu dilakukan sepasukan anggota BN 7 PGA pada jam lebih kurang 8.30 malam apabila ternampak beberapa kotak di kawasan pengkalan haram semasa membuat rondaan.
“Hasil pemeriksaan mendapati kotak itu mengandungi produk kosmetik jenis krim muka dan sabun. Produk kosmetik itu dipercayai untuk diseludup masuk ke pasaran tempatan,”katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967. Hasil rampasan dibawa ke Komtak Jeram Perdah untuk tindakan selanjutnya.
IMedikel TV






