Home Buletin Semasa JUALAN DEBU UBI KAYU LARIS SEPANJANG MUSIM TENGKUJUH

JUALAN DEBU UBI KAYU LARIS SEPANJANG MUSIM TENGKUJUH

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

TUMPAT: Musim tengkujuh bukan hanya suatu bencana bagi sesetengah orang tetapi menjadi punca rezeki kepada peniaga terutamanya debu ubi kayu.

Siti Syafiqah Mohd Suhaimin berkata sepanjang Monsun Timur Laut (MTL), permintaan debu ubi kayu itu sangat tinggi dan menjadi rebutan kepada peniaga putu halba.

“Proses membuat debu putu halba bermula awal Oktober dan berakhir hujung Disember setiap tahun dan saya mendapat bekalan ubi kayu sekitar dua tan sehari dari Bachok dan penduduk setempat,”katanya.

Katanya, disebabkan permintaan tinggi setiap kali tibanya monsun, dia memulakan kerja memproses debu tersebut seawal 8 pagi hingga 12 tengah malam dan dibantu oleh tiga pembantu.

“Proses untuk menghasilkan debu putu halba bermula dari proses mengupas kulit kemudian dikisar dengan menggunakan mesin dan dimasukkan ke dalam mesin pengering untuk proses mengering.

“Sebaik siap semua proses itu debu tersebut akan ditimbang dan dijual kepada pelanggan pada harga RM8 untuk 1kg,”katanya.

Tambahnya dia mewarisi perniagaan itu daripada arwah ayahnya, Mohd Suhaimin Mamat sejak tiga tahun lalu.

“Saya mewarisinya daripada arwah ayah untuk meneruskan legasi perniagaan ini disebabkan permintaan pelanggan tetap arwah yang mahukan saya terus menjadi pembekal debu ubi kayu.

“Jadi, sepanjang musim tengkujuh, saya akan mengambil peluang ini untuk melariskan jualan,”katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here