Home Buletin Semasa PGA RAMPAS KAYU PROSES SECARA HARAM BERNILAI RM2.28 JUTA

PGA RAMPAS KAYU PROSES SECARA HARAM BERNILAI RM2.28 JUTA

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

TUMPAT: Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas kayu yang diproses secara haram bernilai RM2.28 juta di sebuah kilang di Kampung Sebidang, di sini, pada Selasa.

Komander Briged Tenggara Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata,dalam kejadian jam 9.00 pagi itu, pihaknya turut menahan seorang lelaki berumur 52 tahun ketika membuat pemeriksaan di sebuah kilang tersebut dalam Op Taring Wawasan.

Hasil pemeriksaan mendapati kilang tersebut sudah beroperasi tanpa lesen yang sah dari Jabatan Perhutanan.

“Sebanyak 749 batang kayu yang sudah dipotong, 9 batang kayu bulat pelbagai saiz dan beberapa lagi mesin memproses kayu ditemui dalam kilang tersebut.

“Suspek yang ditahan dipercayai menjual kayu tersebut ke pasaran tempatan,”katanya dalam kenyataan.

Menurutnya kes disiasat di bawah Seksyen 3(2) Enakmen Industri Berasaskan Kayu 1985. Suspek dan barang rampasan dibawa ke Balai Polis Pengkalan Kubor dan Jabatan Perhutanan Kelantan untuk tindakan selanjutnya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here